Lawatan Pegawai Khas Menteri

Tujuan utama lawatan adalah melihat usaha pihak pengurusan bagi menambah bilangan pelajar. Hasil perbincangan bersama Encik Kumar Sithambarum Guru Besar , Kumaran Marimuthu Pengerusi LPS dan En.Kanagaraja Alagesan Timbalan Pengerusi LPS, pihak sekolah memerlukan khidmat nasihat dan dana untuk intrastruktur bagi keselesaan warga sekolah.

Bagi meringankan perbelanjaan pihak sekolah, pelajar yang tinggal di asrama menanam sayur sayuran selain menambah kemahiran. Antara pelajar yang duduk di asrama adalah anak yatim dan B40 dari keluarga yang di tidak boleh menjaga anak dari beberapa negeri.

Saya berasa sedih melihat usaha pihak sekolah dan pelajar demi masa depan anak-anak. Perkara ini akan dibawa kepada perhatian pihak tertentu dan YBM untuk arahan seterusnya.

YB Fadhlina Sidek berharap perkara ini diselesaikan sebaik mungkin demi kepentingan anak-anak.

Info
Thiyagaraj Sankaranarayanan
Pegawai Khas Menteri
Kementerian Pendidikan Malaysia