AKTIVITI TULISAN KALIGRAFI

Aktiviti tulisan kaligrafi telah dijalankan pada hari 8 November 2023 untuk murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Beberapa contoh tulisan telah dipaparkan melalui LCD dan murid-murid dapat melibatkan diri dengan penuh semangat. Pada akhir aktiviti hasil kerja murid dinilai dan dipaparkan di papan kenyataan. Hasil kerja murid yang tercantik dipilih dan diberi ganjaran. Murid-murid dapat mempelajari cara penulisan kaligrafi yang betul dan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk penulisan kaligrafi.